suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pusat Pemindahan Banjir Di Changka Jong Ditutup

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan isteri Datin Seri Saripah Zulkifli bertanya khabar kepada Rozita Shaari,34, yang memangku anak keempatnya Nurlidya Batrisya Mat Rashid yang baru berusia 14 hari ketika melawat pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Changkat Jong di Teluk Intan, Ahad ini. .

IPOH: Pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Changkat Jong, Teluk Intan ditutup petang ini apabila kesemua 182 mangsa dibenarkan pulang.

Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Daerah Hilir Perak, Mohd Fazly Mohamad Zawawi berkata, pusat itu yang dibuka sejak Selasa lepas ditutup pada pukul 3 petang.

"Kesemua mangsa telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing kerana air mulai surut dan kawasan kediaman mereka selamat diduduki," katanya kepada Bernama.

Banjir yang melanda Hilir Perak sejak 24 Nov lepas menjejaskan tiga penempatan iaitu Lorong Mesra di Batu 7, Lorong Setia di Batu 11 dan Kampung Batu 9.

Ini merupakan kali kedua Changkat Jong dilanda banjir dalam tempoh dua minggu selepas ban Sungai Bidor pecah akibat hujan lebat dan airnya melimpah ke kawasan penempatan penduduk.

Kejadian pertama berlaku pada 14 November lepas melibatkan 56 mangsa daripada 16 keluarga.


Changkat Jong, banjir, tutup

Artikel Sebelum

Artikel Lain