suria

Kenyataan Saya Disalah Tafsir - Perwakilan Umno Pulau Pinang

Mohd Zaidi Mohd Said.

BUTTERWORTH: Datuk Mohd Zaidi Mohd Said nafi mendakwa kekuatan politik dan ekonomi masyarakat Cina di Pulau Pinang berpunca daripada aktiviti ekonomi haram.

"Kenyataan saya telah disalah petik dan disalahtafsirkan oleh beberapa laporan yang menyebabkan kenyataan saya menjadi isu perkauman," kata Ketua Umno Permatang Pauh pada Isnin.

"Ia bukan satu gambaran yang jelas seperti apa yang sebenarnya saya katakan dalam ucapan saya.

"Dalam ucapan saya, saya kata kelemahan pihak berkuasa telah menyebabkan kadang-kadang orang Cina menjadi kaya melalui aktiviti ekonomi haram.

"Perkataan 'kadang-kadang' bermaksud jarang-jarang atau minoriti, tetapi ia tidak mengambarkan semua orang Cina.

"Tetapi perkataan 'kadang-kadang' itu daripada ucapan saya tidak dimasukkan di dalam laporan berkenaan, dan ia menjadi satu amalan yang tidak baik yang boleh mencetuskan gangguan perkauman dalam negara," kata Mohd Zaidi pada sidang media di pejabat Umno Permatang Pauh.

Semasa perbahasannya pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2014, Jumaat lalu, Mohd Zaidi didakwa sebuah portal berita sebagai berkata, orang Cina di Pulau Pinang memperoleh wang dan mendapatkan kuasa politik dengan terlibat dalam kegiatan ekonomi haram.



Datuk Mohd Zaidi Mohd Said

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain