suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pistol, Peluru Dan Eramin 5 Ditemui Di Bukit Kayu Hitam

Zakaria (tengah) ditemani Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Abdul Rahim Abdullah (kiri) and Komander Unit Pencegah Penyeludupan Bukit Kayu Hitam UPP, Asisten Superintenden Shahidan Ladin (kanan) menunjukkan barang rampasan iaitu pistol 'Ruby Extra Trade Mark .22 Long Rifle', enam peluru, dan 500 pil Eramin-5 pada sidang media di Jitra pada Isnin.

JITRA: Sepucuk pistol, 11 butir peluru dan 500 biji Eramin 5 ditemui di Bukit Kayu Hitam petang Ahad.

Barangan itu ditemui daripada seorang lelaki tempatan, seorang lelaki dan wanita Thailand di dalam sebuah kereta di Lebuhraya Utara-Selatan.

Pemangku Ketua Polis Kedah, Datuk Zakaria Yusof berkata, mereka yang berumur antara 28 hingga 35 tahun dalam perjalanan dari Changlun menuju Thailand ditahan Unit Pencegah Penyeludupan semasa melakukan sekatan dan pemeriksaan rutin.

Beliau berkata, lelaki Thailand itu mempunyai lesen memiliki senjata yang hanya sah di Thailand.

Pasangan Thai itu tidak mempunyai dokumen perjalanan sah dan ketiga-tiga mereka positif Methamphetamine, katanya.

Zakaria berkata, lelaki tempatan tersebut mempunyai tiga rekod berkaitan dadah dan mencuri serta satu kes yang disabitkan di Thailand.


Artikel Lain