suria

PAU 2014: "Semuanya Tentang Solidariti" - Tun M

Dr Mahathir hadir pada majlis perasmian Perhimpunan Agung Umno ke-68 di Menara Dato Onn PWTC di di sini, Khamis.

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa intipati ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2014 adalah mengenai solidariti.

"Semuanya mengenai solidariti. Ia merupakan ucapan yang baik," katanya tanpa mengulas lanjut kepada pemberita selepas mendengar Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucapannya di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Khamis.

Bekas perdana menteri itu bagaimanapun tidak menjawab ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Najib dalam ucapannya berhubung Akta Hasutan.

"Maaf, kesihatan saya kurang baik. Saya susah nak cakap sebab tak ada suara. Saya kurang sihat. Saya minta maaf," katanya sambil terbatuk-batuk beberapa kali.

Najib dalam ucapannya berkata, satu peruntukan khas berkaitan dengan agama dan Sabah serta Sarawak akan dimasukkan dalam Akta Hasutan.

"Kita akan masuk peruntukan khas untuk lindungi kesucian agama islam... bahkan agama lain juga tak boleh ditindas.

"Keduanya ialah kita akan masukkan supaya tindakan boleh diambil kepada sesiapa yang menghasut supaya Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia," kata Najib.

Dr Mahathir hadir ditemani isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Kesihatan Presiden Umno kelima yang tidak mengizinkan itu menimbulkan spekulasi bahawa beliau tidak dapat menghadiri perasmian PAU 2014.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

PAU 2014: Akta Hasutan Kekal

Artikel Lain