suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anak Besut Mulakan Kembara 20,000 Km Rentasi Australia

BESUT: Lima anak kelahiran Besut pasa Khamis memulakan kembara sejauh 20,000 kilometer merentasi benua Australia selama 35 hari menerusi 'Program Kembara Trans Benua Australia'.

Kumpulan itu diketuai seorang guru Mohd Zaharani Omar, 55, cikgu Mohd Isa Zakaria, seorang pegawai perubatan Dr Ahmad Fadli Mohd Burhanuddin, seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Mohamad Ariff Halimi dan seorang kontraktor Mohd Halim Omar.

Mohd Zaharani berkata mereka berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) ke Perth, Australia pada kira-kira 1 pagi tadi dengan menaiki pesawat penerbangan Malaysia Airlines.

"Turut mengucapkan selamat jalan di KLIA ialah Ketua Umno Bahagian Besut merangkap Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Besut dan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perladangan dan Komoditi negeri Nawi Mohamad," katanya.

Kumpulan ini dijangka pulang ke ibu negara pada 31 Dis.

Menurut Mohd Zaharani, mereka dijangka merentasi benua Australia dengan berjalan kaki dan memandu kenderaan pacuan empat roda ke beberapa bandar raya utama.

Mereka juga akan bermalam dalam khemah dan masjid sepanjang perjalanan ke bandaraya Adelaide, Darwin, Alice Springs, Melbourne, Canberra, Sydney, Brisbane, Gold Coast dan Pulau Tasmania.

Besut, Australia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain