suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

KPWKM Teliti Penglibatan OKU Dalam Jenayah

Datuk Azizah Mohd Dun

BEAUFORT: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan meneliti bilangan Orang Kurang Upaya (OKU) yang terlibat dalam kes-kes salah laku seperti jenayah.


Timbalan menterinya, Datuk Azizah Mohd Dun berkata setakat ini kementerian belum mempunyai statistik terkini yang melibatkan salah laku golongan berkenaan.

"Sudah tiba masanya untuk kita (kementerian) melihat berapa ramai mereka ini yang terlibat dan perlu diberikan kaunseling," katanya kepada Bernama selepas merasmikan sambutan Ma'al Hijrah peringkat daerah Beaufort di Masjid Kampung Limbawang, dekat sini Ahad.

Azizah yang juga anggota Parlimen Beaufort berkata statistik itu akan membolehkan kementerian mengkaji faktor penglibatan golongan OKU dalam masalah jenayah mahupun perlakuan salah laku itu dipengaruhi oleh desakan tertentu.

Beliau berkata orang ramai juga tidak seharusnya mengambil tindakan melulu dengan mengambil tindakan sendiri menghukum salah laku golongan OKU tanpa usul periksa, sebaliknya melaporkan kepada pihak berkuasa.

Sebelum ini, dilaporkan seorang lelaki OKU cedera parah di kepala selepas dipukul orang awam kerana disyaki cuba memecah masuk sebuah kereta di Kampung Telok Panji, Kelantan.

Dalam kejadian pada 9 malam itu, OKU berumur 22 tahun itu dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian untuk menerima rawatan.

Sementara itu, Azizah turut menyeru kepada ibu bapa memantau kegiatan anak-anak mereka supaya tidak terjebak dengan gejala sosial terutama isu pembuangan bayi.

Pada majlis itu, 50 kanak-kanak berumur antara 10 hingga 12 tahun berkhatan secara beramai-ramai.

Artikel Lain