suria

Audit: Aset Bernilai RM44 Juta Hilang Dari Kementerian Kesihatan

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan kehilangan 7,712 aset bernilai sekurang-kurangnya RM44 juta antara 2011 dan 2013, demikian dedah Laporan Ketua Audit Negara 2013.

Daripada jumlah itu, stok ubat bernilai RM1.21 juta dicuri dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan RM240,000 lagi daripada Hospital Pulau Pinang.

Laporan itu juga mendedahkan bahawa terdapat kerugian berulang membabitkan empat jenis aset iaitu pemampat penyaman udara, pam jarum suntikan, sistem pemantauan fisiologi dan Oxymeters nadi bernilai RM610,000.

Selain itu, sebanyak 970 aset berjumlah RM7.95 juta dikategorikan sebagai Aset Tidak Ditemukan manakala kawalan aset yang lemah di kedai penjualan itu menyebabkan kerugian bernilai RM240,000.

Selain itu langkah kawalan keselamatam di hospital juga lemah apabila sebanyak 52 daripada 253 kamera CCTV tidak berfungsi.

Laporan Audit juga mendedahkan wujudnya kelewatan dalam menyelesaikan kes-kes kehilangan dan hapus kira aset yang didapati mengambil masa antara dua hingga 833 hari di peringkat hospital dan kementerian.

Artikel Lain