suria

Dua Maut Dalam Dua Kemalangan di Jempol

JEMPOL: Dua penoreh getah maut setelah motosikal yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 5, Jalan Bahau-Rompin di sini, pagi Sabtu.

Jurucakap polis berkata dalam kejadian pada kira-kira pukul 4.40 pagi itu, mangsa, M.M. Yes Dass, 62, yang menunggang motosikal mengambil rakannya K.S. Lalitha, 42, untuk menoreh getah bersama.

Katanya kemalangan itu berlaku apabila sebuah kereta yang datang dari arah Bahau ke Rompin melanggar bahagian sisi kiri motosikal mangsa yang datang dari arah bertentangan.

Katanya kereta yang dipandu seorang lelaki itu terbabas lalu terbalik manakala kedua-dua mangsa yang menaiki motosikal tercampak di bahu jalan. 

Kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah pada bahagian kepala.

Mayat mereka di bawa ke Hospital Jempol untuk bedah siasat sementara pemandu kereta hanya mengalami cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Jempol, Supt Hamzah Alias ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Artikel Sebelum

Artikel Lain