Polis Tunggu Arahan Peguam Negara Dakwa PPS - Semasa | mStar

Polis Tunggu Arahan Peguam Negara Dakwa PPS

Pasukan Peronda Polis (PPS) Pulau Pinang.
GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang masih menunggu arahan daripada Pejabat Peguam Negara sama ada akan mendakwa 157 anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang yang ditahan pada 31 Ogos lepas. 

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata pihaknya telah menyiapkan kertas siasatan kes berkenaan dan telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara. 
 
"Memang mereka (anggota PPS) telah diberi jaminan kedua oleh polis pada Rabu lepas dan sebenarnya tidak timbul isu polis tidak cukup bukti atau sebagainya kerana menyambung jaminan tersebut. 
 
"Sebaliknya polis mengikut prosedur yang sepatutnya iaitu memberi lanjutan jaminan sehingga Pejabat Peguam Negara memberi arahan untuk mendakwa semua anggota PPS berkenaan," katanya.

Abdul Rahim bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Program Inisiatif Whitening Black Spot di kawasan Bukit Gedung, di sini hari ini. 

Beliau mengulas dakwaan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang dilaporkan berkata lanjutan tempoh jaminan untuk kali kedua sehingga 1 Dis ini terhadap anggota PPS itu menunjukkan bahawa peguam negara dan polis tidak ada bukti kukuh semasa menangkap anggota PPS. 

Lim turut dilaporkan berkata bahawa tindakan menangkap mereka adalah sesuatu yang tidak berasas langsung. 

Pada 31 Ogos lepas, 154 anggota PPS ditahan kerana ingkar amaran untuk tidak menjalankan aktiviti selepas didapati tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan. 

Ini disusuli penahanan anggota exco Kebajikan Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar yang merupakan pengerusi PPS, Phee Boon Poh, pada hari yang sama dan Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Delima RSN Rayer sehari selepas itu. 

Timbalan Pengerusi PPS merangkap Anggota Parlimen Tanjong Ng Wei Aik ditahan pada 4 September. 


Artikel Sebelum

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain