suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Maklumat di Media Sosial Digunakan Sebagai Bukti Dalam Kes Keganasan - Zahid

Dr Ahmad Zahid Hamidi.
KUALA LUMPUR: Undang-undang anti-keganasan akan membenarkan pihak berkuasa menggunakan maklumat yang diperolehi daripada media sosial untuk digunakan sebagai bahan bukti di mahkamah. 

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata undang-undang yang baru itu nanti merupakan pindaan daripada Akta Kesalahan, Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 ( SOSMA) atau mungkin diwujudkan sebagai akta yang berbeza. 

Beliau berkata akta yang sama di bawah Akta Pencegahan Jenayah akan membenarkan pihak berkuasa menggunakan maklumat yang diperolehi daripada media sosial untuk dijadikan sebagai bahan bukti untuk memerangi gangsterisme. 

"Perkara yang sama juga akan dilaksanakan bagi memerangi aktiviti pengganas," katanya kepada pemberita selepas menghadiri seminat di Universiti Teknologi Malaysia di sini pada Sabtu.

Artikel Lain