suria

Taman Aktiviti Angry Bird Mula Dibuka

JOHOR BARU: Taman Aktiviti Angry Bird yang pertama di Asia Tenggara mula dibuka kepada orang ramai pada Jumaat.

Orang ramai mula beratur seawal pukul 10 pagi untuk menjadi antara yang terawal berkunjung ke taman aktiviti itu yang terletak di Tingkat 2, pusat membeli belah Komtar JBCC di sini.

Kanak-kanak dan golongan dewasa kelihatan teruja menerokai taman yang menyajikan pelbagai permainan interaktif seperti Lazer Bird Shoot, Red Bird Goal, Piggy Shooting Gallery dan Capatain Black Bird Ship.

Taman Aktiviti Angry Bird dibangunkan dengan usahasama antara Damansara Asset yang merupakan sebuah anak syarikat Jcorp dan Rovio, sebuah syarikat global media yang juga pengasas permainan Angry Bird yang berpangkalan di Finland.

Tiket bagi taman aktiviti itu dijual pada harga RM75 seorang manakala pemegang MyKad atau MyKid adalah RM60. 

Selain itu, pas keluarga, pas tahunan dan kumpulan murid sekolah turut ditawarkan dan boleh dibeli secara atas talian di http://www.angrybirdsactivitypark.my. 

Taman itu dibuka setiap hari bermula 10 pagi hingga 10 malam. 

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain