suria

Persamaan Mutlak Antara Jantina 'Idea bodoh' - Tun M

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata persamaan mutlak antara lelaki dan wanita adalah 'idea bodoh' kerana sememangnya wujud perbezaan antara kedua-duanya.

"Hari ini, Islam berhadapan dengan idea bahawa lelaki dan wanita harus sama.

"Ada perbezaan antara lelaki dan perempuan sama ada daripada segi fizikal dan mental. Jadi ia merupakan idea yang bodoh untuk mencadangkan bahawa wanita boleh melakukan apa sahaja yang dilakukan oleh lelaki dan begitu juga sebaliknya," katanya pada Forum Islam Antarabangsa di sini, Jumaat.

Dr Mahathir berkata orang Islam perlu bersedia untuk mempertahankan pendirian mereka bahawa tidak ada persamaan mutlak antara jantina.

"Hak itu boleh sama apabila berhadapan isu untuk menjadi Perdana Menteri, tetapi tidak dalam perkara-perkara lain," katanya.

Menurut Dr Mahathir, tidak ada undang-undang yang melarang seorang wanita menjadi Perdana Menteri.

Dr Mahathir Mohamad

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain