suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pegawai Kanan Kementerian Terima Dana Untuk Jalankan Aktiviti IS

Tan Sri Khalid Abu Bakar
KUALA LUMPUR: Penolong Pengarah Kanan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, ditahan selepas dipercayai merekrut rakyat Malaysia bagi menyertai kumpulan militan negara Islam (IS) dan menerima dana untuk menjalankan aktiviti-aktivitinya, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata dana itu juga digunakan untuk lelaki berusia 37 tahun itu pergi ke Syria.

Khalid berkata lebih ramai suspek, yang dipercayai merekrut orang ramai untuk menyertai IS, akan ditangkap tidak lama lagi.

"Saya ingin memberi jaminan kepada orang ramai bahawa kami (polis) sentiasa memberi perhatian dalam kes ini dan akan menghentikan kegiatan mereka," katanya.

Polis menahan 14 suspek militan, termasuk tiga orang yang dipercayai menjadi dalang di sebalik pengambilan rakyat Malaysia untuk menyertai IS pada Isnin.

Paling muda yang ditahan adalah seorang budak lelaki berumur 14 tahun.

IS, Tan Sri Khalid Abu Bakar

Artikel Lain