suria

Majlis Peguam Gesa Akta Hasutan Dimansuhkan

Christopher Leong
KUALA LUMPUR: Majlis Peguam percaya Malaysia tidak lagi perlu bergantung kepada undang-undang semata-mata untuk mengekalkan keamanan dan keharmonian di negara ini.

"Perdana Menteri telah berjanji untuk memansuhkan Akta Hasutan dan kami menyokong tindakan ini," kata Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong di bangunan Parlimen, Khamis.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan memorandum kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mah Siew Kong memanggil supaya Akta Hasutan dimansuhkan.

"Sudah sampai masanya kita menghapuskan apa jua bentuk undang-undang yang tidak adil," katanya.

Leong, bersama-sama dengan sembilan peguam lain, bertemu Mah selepas berarak bersama beratus-ratus peguam lain dalam 'Walk for Peace and Freedom 2014' yang dianjurkan oleh Majlis Peguam Malaysia.
Akta Hasutan, Majlis Peguam

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain