suria

Wanita Hilang Ketika Berjoging Dalam Hutan Ditemui Keletihan

SANDAKAN: Seorang wanita yang hilang selepas berjoging di Taman Hutan Hujan Sandakan ditemui dalam keadaan keletihan.

Jururawat, Ting Ling, 24, ditemui oleh pasukan penyelamat pada pukul 12.35 awal pagi Khamis, kira-kira 3 kilometer dari taman itu selepas teman lelakinya membuat laporan berhubung kehilangannya pada pukul 7.30 malam Rabu.

Ting yang bekerja di Hospital Duchess of Kent dibawa ke ibu pejabat taman itu dan diberikan rawatan perubatan sebelum dipindahkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

"Dia keletihan dan menggeletar. Dia dalam keadaan baik," kata Ketua Polis Sandakan, ACP Zabidi Md Zain.

Beliau berkata, Ting dan teman lelakinya terpisah kira-kira sejam selepas mereka berjoging di denai hutam pada pukul 6 petang.

Menyedari kehilangan Ting, teman lelakinya segera melaporkan perkara itu kepada renjer taman berkenaan pada pukul 7.30 malam.

Zabidi berkata, pasukan polis yang dibantu oleh Pasukan Gerakan Am, Jabatan Pertahanan Awam dan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Unit Anjing Pengesan PDRM.

"Sebanyak enam pasukan, dengan masing-masing tujuh anggota memasuki hutan sebelum Ting dikesan di dalam hutan dengan Jalan Cecily," katanya.

Zabidi meminta supaya orang awam tidak memasuki trek hutan sekiranya mereka berjoging pada lewat petang kerana boleh menyebabkan mereka sesat dalam keadaan gelap.

Artikel Berikut

Artikel Lain