suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiada Rasuah, Tiada Penyelewengan Dalam Isu Kontrak Felda - PAC

KUALA LUMPUR: Tiada unsur rasuah, penyelewengan dan ketirisan dalam isu kontrak bagi 56 perolehan berjumlah RM183.13 oleh Pengurusan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), demikian tegas Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Bagaimanapun Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed menggesa supaya Felda mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dalam urusan kawalan kewangan.

"Dari segi penyelewengan tak nampak, dari segi rasuah tak nampak. Tapi yang timbul ialah isu-isu prosedur kewangan iaitu kaedah perolehan yang tidak dipatuhi seperti tidak melalui kelulusan jawatankuasa.

"Sebagai contoh, banyak kontrak, perolehan berlaku di antara ibu pejabat dan anak syarikat yang tidak direkodkan dan tidak dikontrakkan dengan jelas," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen di sini, Khamis.

Sebelum ini dilaporkan Felda didapati tidak menyediakan dokumen kontrak bagi 56 perolehan berjumlah RM183.13 juta dan dua daripada kontrak itu yang bernilai RM60.68 juta, belum ditandatangani.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2013 siri dua yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada Jun lalu, pengauditan yang dijalankan antara Disember 2012 dan Februari 2013 mendapati secara keseluruhannya, pengurusan perolehan Felda kurang memuaskan.

Sehubungan itu Nur Jazlan berkata, PAC mengarahkan supaya Felda mengamalkan kaedah pengurusan kewangan yang baik bagi mengelak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu terdedah kepada perbuatan salah guna kuasa dan penyelewengan.

"PAC sudah minta Felda buat dokumentasi atau kontrak dengan betul.

"Malah mereka juga mengakui wujud masalah tatacara kewangan yang tidak diaudit," katanya.

Felda

Artikel Lain