suria

Gadis Diumpan Sertai Militan IS - Polis

PETALING JAYA: Perekrut kumpulan militan Negara Islam (IS) menyasarkan golongan belia Malaysia dan pelajar sekolah terutama gadis menerusi media sosial untuk berjuang atau menyediakan "khidmat domestik" di Syria dan Iraq.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan KhasBukit Aman, SAC Datuk Ayub Khan berkata, remaja perempuan diumpan untuk menyertai kumpulan militan kerana mereka lebih mudah terpengaruh.

"Kumpulan militan dikesan cuba untuk menarik mereka yang berumur antara 14 dan 30 tahun, dengan menggunakan teks yang sama digunakan mengenai mengapa jihad menjadi kewajipan dalam Islam.

"Dengan cara seperti itu, pelajar sekolah pun menunjukkan minat mereka untuk menyertai IS," katanya kepada The Star.

Beliau berkata, proses untuk merekrut golongan muda kebiasaannya mengambil kira-kira tiga bulan.

Tambahnya, setakat ini sasaran termuda buat kumpulan militan itu adalah seorang remaja lelaki berusia 14 tahun.

IS, kumpulan militan

Artikel Berikut

Artikel Lain