suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anak-Anak Terkenang Hidangan Nasi Ayam Koperal Dzulkhairi

Balu Koperal Dzulkhairi, Shaira Afna Nordin ditenangkan oleh ahli keluarga semasa menunggu jenazah suaminya di Masjid Bukit Aman, Isnin.
KUALALUMPUR: Memasak nasi ayam kepada anak-anaknya merupakan memori terakhir bagi keluarga Allahyarham Koperal Dzulkhairi Ahmad yang meninggal dunia akibat dihempap pokok diJalan Bellfield, Kampung Attap disini malam Ahad.


Hidangan tengah hari itu masih terpahat dalam ingatan Nur Khairyshyah Rina, 22, Khairunisha, 18, Nur Khairy Shazwana, 16, dan Dzulkarnain Dzulkhairi, 11, sebelum bapa mereka keluar bertugas pada pukul 2 petang.

"Ia satu kemalangan yang tidak kami jangka dan masih terkejut dengan pemergian ayah," kata Nur Khairyshyah Rina, pelajar kolej swasta.

Bapa mereka bersama seorang lagi rakan maut apabila sebatang pokok besar tumbang dan menghempap mereka ketika berada di dalam sebuah kontena yang dijadikan tempat simpanan barang kes sewaktu hujan lebat.

Dzulkhairi, 48, meninggal dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur sementara Konstabel Mohd Sharil Hisham Hashamdi, 25, meninggal di tempat kejadian.

Dzulkhairi dari Banting, Selangor, meninggalkan isteri dan empat orang anak.

Adik ipar Dzulkhairi, Shaiful Nordin,42, menyifatkan arwah sebagai seorang yang rajin dan suka memasak.

"Dia seorang yang berkebolehan memasak dan ringan tulang untuk menjamu sanak saudara dengan masakannya," katanya.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, jenazah dua anggota itu dikebumikan di kampung halaman masing-masing.

"Jenazah Allahyarham Koperal Dzulkhairi akan dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Kerinchi, Desa Aman di sini, sementara jenazah Allahyarham Mohd Sharil akan dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk diterbangkan ke Tambunan, Sabah dan dijangka sampai kira-kira jam 4 petang hari ini," katanya.


Konstabel Dzulkhairi Ahmad

Artikel Sebelum

Artikel Lain