suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Wanita Sesat Di Bukit Cherok Tokun

Bukit Cerok Tokun sering menjadi tumpuan untuk beriadah terutama hujung minggu.

BUKIT MERTAJAM: Dua wanita dikhuatiri sesat ketika mendaki Bukit Cherok Tokun di sini pada malam Sabtu.


Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat di sini berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu apabila salah seorang wanita terbabit membuat panggilan kecemasan selepas gagal mencari laluan untuk turun.

"Salah seorang wanita terbabit membuat panggilan pada pukul 7 malam menyatakan dia dan kawannya mendaki bukit itu dan tidak dapat mencari jalan untuk turun," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata, usaha sudah dimulakan untuk mengesan kedudukan kedua-dua wanita berkenaan dengan bantuan penduduk dan Skuad Bomba Sukarela Padang Lalang.

Jurucakap itu menambah, setakat ini, identiti kedua-duanya masih belum dikenal pasti.

sesat, Bukit Cherok Tokun

Artikel Sebelum

Artikel Lain