suria

Hentikan Ketegangan, Perlu Saling Menghormati - Liow

Liow Tiong Lai ketika menyampaikan ucapannya pada Perhimpunan Agung MCA Ke-61.
KUALA LUMPUR: Ketegangan politik yang berterusan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) tahun lalu harus dihentikan dengan serta-merta, kata Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Walaupun perbezaan pendapat dalam masyarakat berbilang kaum tidak dapat dielakkan, beliau menegaskan terdapat keperluan untuk saling menghormati bagi mengelak sebarang bentuk konfrontasi.

Liow berkata, terdapat kumpulan yang menyebarkan politik kebencian dan sehingga menyemai perasaan benci terhadap kerajaan.

"Mereka bertindak melampau batas. Mereka memberi harapan palsu kepada rakyat yang boleh mencetuskan kekeliruan dan keadaan huru-hara, mengancam kestabilan sosial dan pentadbiran negara," katanya pada majlis perasmian Perhimpunan Agung Tahunan MCA Ke-61 di sini, Ahad.

Liow yang juga Menteri Pengangkutan berkata, keadaan yang semakin tegang di negara ini hanya boleh menjejaskan misi negara mencapai status negara maju menjelang 2020.

Katanya, sebarang bentuk ekstremisme juga harus dibendung.

Beliau menegaskan pendirian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menentang Kumpulan militan Negara Islam (IS) memberi sedikit kelegaan dikalangan rakyat bahawa apa jua bentuk ekstremisme adalah satu ancaman kepada Malaysia.

Artikel Lain