suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga Loji Air Ditutup Malam Tadi Beroperasi Semula - Azmin

Mohamed Azmin Ali.
SHAH ALAM: Tiga buah loji rawatan air Sungai Selangor yang ditutup sejak malam Sabtu akibat pencemaran diesel sudah mula beroperasi secara berperingkat bermula pukul 4.30 pagi Ahad.

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, berkata loji rawatan air berkenaan terpaksa ditutup berikutan kandungan kimia yang tinggi akibat tumpahan diesel.

Katanya, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) akan menyiasat punca kejadian dan satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan.

"Saya mahu tindakan tegas diambil terhadap mana-mana pihak yang bertanggungjawab menyebabkan pencemaran diesel di loji berkenaan," kata Azmin melalui laman Twitternya.

Azmin berkata, pegawai LUAS masih berada di loji rawatan air itu bagi menjalankan siasatan lanjut berhubung punca pencemaran.


Artikel Lain