suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bom Lama Ditemui Di Kawasan Perindustrian Klang

- Gambar fail
SHAH ALAM: Sebutir bom lama dijumpai di tapak simpanan besi buruk di kawasan perindustrian Bukit Raja, Klang, dekat sini awal hari Ahad.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP Mohd Shukor Sulong berkata bom berukuran 0.3 meter panjang itu ditemui seorang anggota polis bantuan yang sedang bertugas di kawasan berkenaan kira-kira 9.30 pagi. 

Beliau berkata sepasukan unit pemusnah bom dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor telah bergegas ke lokasi penemuan bom itu untuk menjalankan pemeriksaan lanjut. 

Mohd Shukor berkata siasatan awal mendapati pin pencetus bom telah lesap. 

"Siasatan seterusnya mendapati bom itu dibawa ke kilang besi ini bersama besi buruk yang lain dalam tong besi. 

"Kita percaya tong berisi bom dan besi buruk itu dibawa dengan kapal dari Amerika Syarikat ke Pulau Carey, Kuala Langat dan diangkut menggunakan treler ke tempat kejadian," katanya ketika dihubungi di sini. 

Mohd Shukor berkata bom tersebut telah dibawa ke Permatang Pasir, Banting, untuk dimusnahkan.
bom, bom lama, Mohd Shukor Sulong

Artikel Lain