suria

Pokok Tumbang Hempap Pondok Polis, Dua Anggota Meninggal Dunia

Kerja-kerja pembersihan sedang dijalankan oleh anggota yang bertugas.
KUALA LUMPUR: Dua anggota polis terkorban apabila angin kuat mengakibatkan pokok tumbang dan menghempap pondok kontena polis tempat mereka bertugas di Jalan Bellfield, Kampung Attap, petang Ahad.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Khirudin Drahman berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 7.09 malam.

"Kami menghantar 28 pegawai ke tempat kejadian dan mendapati memang terdapat pokok tumbang di pondok polis di sana. Seorang anggota telah dibawa keluar pada pukul 7.45 malam dan seorang lagi dibawa keluar pada pukul 8 malam," katanya. 

Kedua-dua mereka telah dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur di mana mereka telah disahkan meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah mengesahkan kematian.

Ribut petir pada petang Ahad menyebabkan banyak pokok tumbang di seluruh pusat bandar.

Tinjauan The Star mendapati bahawa pokok-pokok besar telah tumbang di Jalan Syed Putra dan Jalan Damansara. 

Akses ke Jalan Hose, Jalan Bellfield dan Jalan Kg Attap telah tersekat kerana pokok-pokok yang tumbang.


Artikel Sebelum

Artikel Lain