suria

Sekolah Vernakular Bukan Penghalang Perpaduan Negara - Pemuda MCA

Chong Sin Woon
KUALA LUMPUR: Tidak ada siapa pun yang patut mencabar hak orang Cina dan India untuk mempelajari bahasa ibunda mereka melalui sekolah-sekolah vernakular, kata Ketua Pemuda MCA Chong Sin Woon.

Sin Woon berkata jika perkara itu dilihat secara objektif, mereka akan menyedari bahawa pendidikan Cina tidak lagi semata-mata melibatkan masyarakat Cina.

"Pelajar-pelajar bukan Cina yang belajar di sekolah-sekolah rendah Cina di seluruh negara kini terdiri daripada 12 peratus daripada jumlah bilangan pelajar. Ini bermakna sekolah jenis SJK (C) kini lebih pelbagai daripada sekolah kebangsaan.

"Pendidikan Cina tidak sepatutnya dipolitikkan kerana bahasa Mandarin kini merupakan bahasa antarabangsa yang digunakan secara meluas dalam dunia ekonomi dan perniagaan," katanya semasa berucap pada perhimpunan agung tahunan Pemuda MCA ke-50 di sebuah hotel di sini, Sabtu.

"Saya ingin menegaskan bahawa kewujudan sekolah-sekolah Cina dan Tamil bukan penghalang kepada perpaduan negara kita," katanya, diiringi tepukan dan sorakan daripada para perwakilan.

Beliau juga menggesa Barisan Nasional untuk kembali kepada prinsip-prinsip asasnya, yang merupakan semangat kebangsaan untuk semua kaum.

Artikel Berikut

Artikel Lain