suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MCA Akan Berjuang Pertahan Pendidikan Cina - Dr Wee

KUALA LUMPUR: Semua pihak yang melihat pendidikan Cina sebagai halangan kepada perpaduan nasional dan menggesa supaya Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dimansuhkan sebenarnya merupakan rintangan kepada pembangunan negara, kata Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong.

"MCA tidak akan berkompromi dan akan berjuang hingga akhir bagi mempertahankan pendidikan Cina," katanya semasa berucap pada perhimpunan agung tahunan Pemuda MCA ke-50 di sebuah hotel di sini, Sabtu.

Dr Wee, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, Kerajaan telah mengiktiraf sekolah-sekolah ini sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan di negara ini, dengan menyediakan peruntukan dana dalam Bajet 2015.

Beliau berkata, terdapat keperluan untuk membina lebih banyak sekolah-sekolah Cina dan menggalakkan yang bukan berbangsa Cina untuk mempelajari banyak bahasa bukan sahaja Mandarin, tetapi juga bahasa-bahasa lain seperti Tamil dan Arab.

Pada masa ini, sebanyak 15 peratus pelajar di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina merupakan mereka yang bukan berbangsa Cina.

Dr Wee berkata, Mandarin menjadi bahasa utama di dunia dan lebih 40 juta orang mempelajari bahasa itu di seluruh dunia.

Artikel Lain