suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pekerja Kilang Dipenjara Empat Bulan Ugut Bunuh Adik Perempuan

KUALA LUMPUR: Gara-gara mengugut untuk membunuh adik perempuan sendiri, seorang pekerja kilang surat khabar pada Khamis dipenjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini.
 
Majistret Nurul 'Ain Abdul Rahim memerintahkan R.Krishnakumar, 35, menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkapan pada 6 Oktober lepas setelah dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengugut untuk membunuh.

Krishnakumar didakwa mengugut R.Nithya, 32, dengan menggunakan perkataan berbunyi, "Saya akan bunuh kamu semua dan saya boleh set kawan saya bunuh," dalam bahasa Tamil di Apartment Abdullah Hukum, Jalan Bangsar, Brickfields di sini pada 12.10 tengah malam, Isnin lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Mengikut fakta kes, pada masa kejadian, Krishnakumar pulang ke rumah dalam keadaan mabuk dan membuat kecoh sebelum bertindak mahu memukul kepala ibunya, tetapi dihalang Nithya.

Krishnakumar yang tidak berpuas hati dengan Nithya kemudian mengeluarkan kata-kata ugutan itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya N.Joy Jothi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


R.Nithya, ugut bunuh

Artikel Lain