suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bajet 2015: Penjawat Awam Mungkin Terima Penambahbaikan - KSN

KUALA LUMPUR: Penjawat awam berkemungkinan menerima beberapa penambahbaikan dalam Bajet 2015, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.


"Saya rasa mungkin ada sedikit penambahbaikan namun apa-apa penambahbaikan yang dilakukan adalah berdasarkan kemampuan kerajaan.

"Apa yang penting, kita perlu mengambil tindakan untuk mengurangkan defisit kerajaan seperti yang disasarkan setiap tahun sehingga 2020,", katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Digital Kebangsaan (NDC) 2014 di sini, Khamis.

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak akan membentangkan Bajet 2015 di Parlimen, Jumaat.

Mengenai NDC 2014, Ali berkata, ia adalah platform menambah baik inisiatif teknologi sedia ada, selain melihat trend teknologi komunikasi maklumat yang boleh diadaptasi dalam memperkasa penyampaian perkhidmatan awam.

Beliau berkata, sumber manusia dan penggunaan teknologi terkini dilihat mampu mempertingkat kualiti penyampaian dalam perkhidmatan awam.

Katanya, kedua-dua elemen itu adalah antara pendekatan yang boleh digunakan bagi memastikan penyampaian sektor perkhidmatan awam ditambah baik setiap tahun.

Bertemakan '#InnovateMyGov', persidangan kali kelima sejak 2009 itu antara lain memberi fokus kepada inovasi berterusan ke arah penyampaian perkhidmatan kerajaan yang berkesan melalui perkongsian maklumat dan kerjasama pintar antara agensi awam dan swasta.

KSN, Bajet 2015, penjawat awam

Artikel Lain