suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dalang Insiden Letupan Bom Di Bukit Bintang Akan Dihukum - PM

Najib Tun Razak.
PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan bahawa pihak berkuasa akan mengesan dan menghukum dalang di sebalik insiden letupan bom di Bukit Bintang pada pagi Khamis.

"Saya mengecam sekeras-kerasnya insiden keganasan yang berlaku di Bukit Bintang pagi ini.

"Tindakan yang menyalahi undang-undang tidak akan diterima. Siasatan polis sedang dijalankan dan mereka yang bertanggungjawab melakukan jenayah ini akan ditahan dan dibawa ke muka pengadilan," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas insiden letupan bom di Bukit Bintang, pagi Khamis.

Seorang joki kereta maut dan 12 lagi cedera termasuk pelancong asing dalam serangan bom 'molotov cocktail' yang dipercayai melibatkan perebutan kawasan kumpulan kongsi gelap, di hadapan sebuah kelab malam, Sun Complex pada pukul 4.20 pagi.


Najib, letupan bom, Bukit Bintang

Artikel Lain