suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Letupan: Jangan Buat Spekulasi Terhadap Warga Asing - Wan Junaidi

Wan Junaidi Tuanku Jaafar
KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar meminta orang ramai tidak membuat spekulasi sendiri atau menuduh warga asing terlibat dalam kejadian letupan bom buatan sendiri di hadapan sebuah kelab malam di Kompleks Sun, Bukit Bintang, awal pagi Khamis.


"Mungkin insiden ini ada kaitan dengan persaingan perniagaan, antara kelab-kelab malam atau sebagainya. Saya sudah menerima laporan awal kejadian itu tetapi saya tidak dapat mendedahkan punca sebenar kejadian sehingga siasatan polis selesai," katanya ketika sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat, Khamis.

Wan Junaidi berkata demikian ketika mengulas kenyataan Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) yang mengaitkan kejadian itu dengan penglibatan warga asing berdasarkan peningkatkan indeks kes jenayah di negara ini.

Namun, beliau yang melahirkan rasa simpati terhadap 14 orang yang cedera dalam insiden itu, memberi jaminan bahawa pihak yang terlibat dalam kejadian letupan bom itu tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang.

Ia dipercayai kejadian serangan bom pertama di pusat hiburan di negara ini dan dipercayai berpunca daripada pergaduhan antara dua kumpulan kongsi gelap.


Artikel Lain