suria

Letupan Bom: 11 Mangsa Masih Dirawat Di HKL

Lokasi kejadian letupan dekat Kompleks Sun di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Foto AZHAR MAHFOF / THE STAR

KUALA LUMPUR: Seramai 11 mangsa letupan bom di Jalan Bukit Bintang masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini.

Ada di kalangan mereka adalah pekerja sebuah kelab malam dan pelancong yang mengalami kecederaan parah dan ringan.

Mangsa  terdiri daripada lima warga tempatan, empat orang warganegara China, Thailand (1) dan Singapura (1).

Antara mangsa yang disahkan setakat ini adalah seperti berikut:

1.Lim Soon Hock - Malaysia

2.Teoh Keow Meng -Malaysia

3.Yaw lee Hock -Malaysia

4.Revindran chitavelu-Malaysia

5.Jasu -Thailand

6.Wong Kim Teng -Singapura

7. Ma Yunfeng -China

8. Yong Jiaqin -China

9. Tiong Kwang Yie-Malaysia


Letupan di Bukit Bintang

Artikel Sebelum