suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aedes: 137 Tapak Pembinaan Di Seluruh Negara Diarah Tutup

Seorang [etugas Unit Vektor Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur melakukan penyemburan atau 'fogging' bagi membasmi pembiakan nyamuk aedes di Kuala Lumpur. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Sebanyak 137 buah tapak pembinaan di seluruh negara telah diarah tutup setelah kawasan itu didapati menjadi sarang pembiakan nyamuk Aedes.

Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof dalam satu kenyataan berkata, kesemua tapak projek pembinaan yang diarah tutup itu adalah antara 341 kawasan yang ditakrif sebagai berisiko menjadi tempat pembiakan Aedes.

Katanya, kesemua tempat pembiakan nyamuk aedes itu dikesan hasil pemeriksaan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Jabatan Kesihatan.

"Sejumlah 100 kompaun telah dikeluarkan dan 137 premis telah diarahkan tutup bagi tujuan pembersihan. Manakala 127 buah premis lagi diarahkan melakukan pembersihan tanpa diarah tutup oleh Jabatan Kesihatan dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)," katanya.

Beliau berkata, CIDB akan mengambil tindakan disiplin terhadap kontraktor, jurutera dan arkitek yang melanggar mana-mana undang-undang bertulis berkaitan pembiakan Aedes di tapak bina.

Kementerian juga akan terus memantau dan mengesan tapak bina berisiko menjadi tempat pembiakan Aedes dan akan menyalurkan maklumat tersebut kepada Jabatan Kesihatan. 

aedes, Datuk Fadillah Yusof

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain