suria

Lebuhraya AKLEH Ditutup Sempena KL Maraton Ahad Ini

KUALA LUMPUR: Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) akan ditutup mulai pukul 2 pagi hingga 10 pagi Ahad ini sempena Larian Maraton KL Standard Chartered 2014.

Pengurusan AKLEH dalam kenyataan hari ini berkata penutupan itu melibatkan keseluruhan lebuh raya itu dan semua susur masuk dan keluar ke lebuh raya tersebut.

Kawasan yang terjejas termasuk susur masuk di Jalan Sultan Ismail (JS1), Jalan Raja Abdullah (JRA), Jalan Tun Razak Selatan (JTR3/JTR4), laluan masuk Parkir KLCC, Jalan Jelatek dari Kuala Lumpur (JJ 1)), Jalan Jelatek dari Wangsa Maju (JJ 2).

Jalan Lingkaran Tengah 2 (JUK 2) berdekatan Hotel Flamingo, Jalan Kerja Air Lama dekat Petronas, Persimpangan Ahmad Razali (Jalan Ampang) dan Jalan Tun Razak Utara (JTR1).

Sementara, susur keluar termasuk termasuk Jalan Sultan Ismail (JSI2), Jalan Ampang (Menara Sunway), Jalan Tun Razak Selatan (JTR2), Jalan Tun Razak Utara (JTR3), Parkir KLCC, Jalan Jelatek to Wangsa Maju (JJ3), Jalan Lingkaran Tengah 2 (JUK 1) dekat Kuil Sikh, Jalan Kerja Air Lama (JKAL 1) dan susur keluar Jalan Memanda 9 di Tiara Condominium.

Lebuh raya itu akan dibuka semula selepas 10 pagi pada hari berkenaan.

Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya mematuhi papan tanda dan arahan petugas PROLINTAS yang ditempatkan di kawasan berkenaan.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol AKLEH di 1-300-88-1012. Maklumat trafik juga boleh diperoleh menerusi Twitter Akleh atau www.prolintas.my.
AKLEH, KL Maraton 2014

Artikel Lain