Kematian Remaja Perempuan 18 Tahun Penuh Misteri - Semasa | mStar

Kematian Remaja Perempuan 18 Tahun Penuh Misteri

Pangsapuri Desa Mentari

PETALING JAYA: Kematian seorang perempuan berusia 18 menjadi tanda tanya selepas terjatuh dari Tingkat 15 di sebuah pangsapuri pada Sabtu.

Remaja tersebut yang dikenali dengan Gita, jatuh di atas bumbung sebuah kereta Proton Saga pada pukul 5.15 petang, namun masih bernyawa ketika itu.

Dia dilaporkan meninggal dunia sebaik sahaja tiba di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Salah seorang penduduk Pangsapuri Desa Mentari di Kampung Medan berkata, remaja perempuan itu ada memberitahu bahawa dia ditolak oleh seseorang dari tingkat 15.

Bagaimanapun, abang mangsa yang tidak mahu dikenali berkata, Gita tidak mempunyai sebarang masalah.

Mangsa merupakan anak keempat daripada lima orang adik beradik dan meninggalkan sekolah menengah pada usia 13 tahun sebelum bekerja di sebuah kedai berhampiran.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Azmi Abu Kassom berkata, pihak polis memerlukan lebih banyak maklumat sebelum mengklafikasikan kes ini sebagai mati mengejut atau kes bunuh.

Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh menghubungi balai polis yang berdekatan.

jatuh tingkat 15 , remaja 18 tahun

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lebih Artikel