suria

Persatuan Malaysia Amerika Sambut Hari Merdeka Ke-57

Hussein Haniff

NEW YORK: Persatuan Malaysia Amerika (MAA), pertubuhan yang mewakili kepentingan rakyat Malaysia di Amerika Syarikat, mengadakan majlis pada Jumaat malam di Flushing, New York, sempena ulang tahun ke-30 persatuan danulang tahun ke-57 kemerdekaan Malaysia.   

Tetamu termasuk Wakil Tetap Malaysia di Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Datuk Hussein Haniff; Konsul Jeneral Malaysia Abdul Razak Abdul Wahab; anggota kongres Amerika Syarikat Grace Meng; anggota Majlis Perundangan New York RonKim; anggota majlis Bandaraya New York Peter Koo; bekas pengawal Bandaraya New York John Liu dan Kim Bong, pemimpin komuniti Malaysia yang bertanggungjawab membawa MAA ke tahap sekarang.

Majlis itu diserikan dengan persembahan tarian tradisional Malaysia dan tarian singa masyarakat Cina. Ketua Pengarah Eksekutif MAA Jack Liaw, rakyat Malaysia yang mempunyai firma perakaunan di New York, mengimbas sejarah 30 tahun MAA dan kejayaan masyarakat Malaysia di Amerika Syarikat.

"Kami cuba mempromosikan Malaysia dalam pelbagai cara dan membantu rakyat Malaysia apabila mereka berdepan sebarang masalah," katanya.

Liu, yang menghadiri banyak majlis berkaitan Asia, memberitahu tetamu bahawa beliau “benar-benar tersentuh” dengan kehadiran ramai "masyarakat Malaysia cemerlang yang merupakan komuniti yang membanggakan, komuniti yang gembira".

Beliau turut memuji kejayaan dicapai Malaysia.

"Dalam sebuah negara hebat Malaysia, terdapat kepelbagaian budaya, agama dan kaum etnik. Kita patut belajar sesuatu daripada Malaysia.” 

Ucapan-ucapan diselang-seli dengan persembahan muzik oleh Atama Katama, artis rakaman Malaysia dari Sabah, menerusi alat muzik tradisional Sabah iaitu 'sompoton'.

Atama, yang bertanggungjawab menjaga hubungan antarabangsa sebuah kumpulan dikenali Pacos Trust yang berpangkalan di Kota Kinabalu, memberitahu Bernama, beliau berada di New York untuk menghadiri Persidangan Penduduk Pribumi PBB.

“Saya berasa amat bangga melihat begitu banyak rakyat Malaysia hadir di sini untuk menyambut ulang tahun ke-57 kemerdekaaan,” kata Hussein, sambil menegaskan"kisah kejayaan" Malaysia adalah hasil kewujudan secara harmoni dan aman dalam kalangan penduduknya yang terdiri daripada pelbagai kaum, kebudayaan dan agama.

Susulan "kejayaan besar" lawatan Presiden AS Barack Obama ke Malaysia tahun ini, Hussein berharap hubungan antara rakyat AS dan Malaysia dapat diperkukuhkan lagi.  

Hussein menyampaikan trofi kepada pasukan yang menang pada kejohanan bola sepak ke-7 Piala Merdeka, acara tahunan di New York. 

Dalam temu bual dengan Bernama di venue di Flushing, Presiden MAA Jimmy Tanberkata persatuan itu bukan sekadar untuk tujuan bersosial.

"Kami secara proaktif cuba membantu rakyat Malaysia yang tinggal di sini. Kami cuba membantu mereka yang berdepan masalah dengan pelbagai cara, namun,kami juga sentiasa mengalu-alukan sokongan daripada kerajaan Malaysia,” katanya.

MAA bekerjasama rapat dengan konsulat Malaysia dan pejabat kerajaan Malaysialainnya di Bandaraya New York, katanya.

MAA, New York

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain