Banjir Di P.Pinang: Kerja Pembersihan Di Kawasan Terjejas Mula Dilakukan - Semasa | mStar

Banjir Di P.Pinang: Kerja Pembersihan Di Kawasan Terjejas Mula Dilakukan

Pekerja MPPP sedang membersihkan kawasan yang terjejas akibat banjir.
GEORGE TOWN: Pekerja Majlis Perbandaran Pulau Pinang pada awal pagi Sabtu melakukan kerja pembersihan di kawasan yang terjejas teruk dilanda banjir akibat hujan lebat pada malam Jumaat.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri, Chow Kon Yeow berkata, taburan hujan pada Jumaat adalah antara yang tertinggi dalam tempoh 20 tahun, merekodkan sebanyak 110mm sepanjang hari itu," katanya ketika dihubungi.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh berkata, sukarelawan mengagihkan bantuan makanan kepada 2,000 penduduk di sekitar Jalan P.Ramlee dan Sungai Pahang, awal pagi Sabtu.

"Beberapa penduduk dari Jalan P.Ramlee terpaksa dipindahkan dari rumah mereka buat sementara waktu pada malam Jumaat.

"Air naik dengan cepat. Tetapi mereka pulang semula ke rumah masing-masing awal pagi ini (Sabtu)," katanya.

Beliau berkata, banjir kilat itu hanya menjejaskan kawasan Pulau manakala situasi di tanah besar adalah terkawal.

Di Taman Gottlieb dekat Kebun Bunga, beberapa penduduk dipindahkan pada Jumaat kerana berlaku tanah runtuh.

Anggota bomba dan penyelamat serta polis masih mengawasi kawasan tersebut untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Hujan lebat sejak petang Jumaat menyebabkan Jalan Masjid Negri, Jalan Mount Erskine, Jalan Transfer, Jalan Gurdwara, Jalan Scotland, Jalan Air Itam, Jalan Datuk Keramat, Jalan Anson, Jalan P. Ramlee, Jalan Terengganu, Jalan Makloom, Jalan Hospital dan Jalan Macallum dilanda banjir.

banjir , Pulau Pinang , Chow Kon Yeow

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain