suria

Bonda Hishammuddin Meninggal Dunia

Hishammuddin memuat naik gambar bersama bondanya di laman Twitter Julai lalu.
KUALA LUMPUR: Bonda kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Tun Suhailah Tan Sri Noah, 82, meninggal dunia pada kira-kira jam 12.30 tengah malam Jumaat. 

Allahyarhamah yang juga balu kepada Perdana Menteri ketiga, Tun Hussein Onn menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pakar Damansara kerana sakit tua.

Jenazah dibawa ke kediaman Allahyarham di No 19 Jalan Changkat Tunku, Bukit Tunku di sini, jam 1.40 pagi Sabtu dengan van jenazah milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Allahyarham adalah kakak kepada Tun Rahah, iaitu ibu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Allahyarham dilahirkan pada 12 Februari 1948 meninggalkan tiga anak perempuan dan dua anak lelaki termasuk Hishammuddin.

Allahyarham sebelum ini pernah menerima anugerah Seri Setia Mahkota (SSM) yang membawa gelaran 'Tun' - Kerajaan Persekutuan (1990) dan Anugerah Sri Kandi daripada Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM).

Bapa Allahyarham, Tan Sri Mohammad Noah Omar adalah bekas Speaker Dewan Rakyat.

Jenazah Allahyarham Tun Suhailah akan dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara selepas solat Zohor, pada Sabtu.

Menurut kenyataan Pejabat Menteri Pertahanan, orang ramai boleh menziarah jenazah di kediaman Allahyarham di No 19, Jalan Changkat Tunku, Bukit Tunku, Kuala Lumpur bermula jam 9.00 pagi Sabtu.


Tun Suhailah, Hishammuddin

Artikel Lain