suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hujan Lebat Punca Banjir Kilat Di Beberapa Tempat Di P.Pinang

Hujan lebat menyebabkan Jalan Perak di George Town ditenggelami air.
GEORGE TOWN: Beberapa kawasan di sini dilanda banjir kilat yang mengakibatkan kesesakan lalu lintas selepas hujan turun berterusan sejak pukul 6 petang Jumaat.

Antara kawasan yang terbabit ialah Jalan Transfer, Jalan Gurdwara, Jalan Macalister, Jalan Anson, Jalan Scotland dan Jalan Mount Erskine. 

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata paras air dianggarkan antara 0.3m hingga 0.9m.

"Ukuran hujan yang turun di Bukit Bendera, Batu Lanchang dan Sungai Pinang antara 51.5mm hingga 71.5mm," kata beliau dalam mesej pesanan ringkas kepada media di sini, Jumaat.

Tinjauan di beberapa jalan di sini mendapati beratus pengguna kenderaan bergerak perlahan mengharungi banjir dengan sesetengah tempat dinaiki air sehingga paras lutut.

Bagaimanapun, sehingga pukul 11 malam banjir masih belum surut tetapi tiada kejadian tidak diingini dilaporkan.

hujan lebat, banjir, Pulau Pinang

Artikel Lain