Polis Akan Pantau Perhimpunan Kenaikan Minyak Di Dataran Merdeka - Semasa | mStar

Polis Akan Pantau Perhimpunan Kenaikan Minyak Di Dataran Merdeka

KUALA LUMPUR: Polis akan membantu memantau perhimpunan yang dirancang untuk membantah kenaikan minyak di Dataran Merdeka pada pukul 4 petang, Sabtu.

Bagaimanapun Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa, berkata pihak polis tetap melihat perhimpunan itu sebagai haram kerana pihak penganjur tidak mengemukakan permohonan seperti yang dikehendaki di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

"Saya tidak menggalakkan orang ramai daripada menghadiri perhimpunan tersebut. Tetapi jika mereka memutuskan untuk pergi, kita tidak ada masalah selagi mereka berada dalam keadaan aman dan mematuhi garis panduan di bawah akta.

"Kita akan mengambil langkah yang perlu bagi menyiasat pihak penganjur kerana mereka tidak mengemukakan notis," katanya kepada The Star, Jumaat.

Difahamkan polis akan dikerah berada di sekitar Dataran Merdeka dan kawasan berhampiran pada hari Sabtu, tetapi lebih kepada pemantauan pasif.

Butiran mengenai perhimpunan tersebut telah disebarkan di aplikasi WhatsApp petang Jumaat. Namun masih belum jelas siapa penganjur sebenarnya.

Pada Rabu lalu kenaikan harga petrol RON95 dan diesel diumumkan sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.30 dan RM2.20.

Walaupun mendapat tindak balas negatif oleh pemilik kenderaan untuk kenaikan harga ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata, Bajet 2015 akan mengimbangi kenaikan harga dengan "meningkatkan BR1M" antara sebahagian daripada langkah-langkah lain.

"Ia adalah satu kenaikan yang sangat minimum dalam harga petrol. Tunggu bajet. Ia akan menangani beban dengan meningkatkan BR1M dan langkah-langkah lain, " jelas Hassan.

Perhimpunan , bantah kenaikan minyak

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Anak Bongsu Tambi, Ariza Selamat Dikebumi

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain