suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ikea Panggil Balik PASTAÄLGAR Sebagai Langkah Berjaga-Jaga

KUALA LUMPUR: Ikea menarik balik pasta berbentuk rusa (elk), PASTAÄLGAR, sebagai langkah berjaga-jaga berikutan ia mengandungi soya yang tidak dinyatakan pada label produk itu.

Menurut Ikea, tindakan itu diambil kerana ia mengutamakan keselamatan pengguna.

"Analisis ke atas PASTAALGAR menunjukkan kehadiran soya yang tidak diisytiharkan pada produk itu.

"Soya adalah bahan alahan dan mereka yang alah kepada soya mungkin mengalami reaksi alahan jika memakan produk itu," menurut Ikea dalam satu kenyatan hari ini.

Produk itu bagaimanapun selamat kepada sesiapa sahaja yang tidak alah pada soya.

Pelanggan yang mempunyai alahan, boleh mengembalikan PASTAALGAR kepada pasar raya makanan di tingkat bawah Ikea untuk mendapatkan semula wang masing-masing.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi Perhubungan Pelanggan Ikea di 603-7726 7777.

Ikea, PASTAALGAR

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain