suria

Tiada Rakyat Malaysia Cedera Tunjuk Perasaan Di Hong Kong

KUALA LUMPUR: Konsul Besar Malaysia di Hong Kong mengesahkan tiada laporan mengenai rakyat Malaysia termasuk pelajar ditahan atau cedera dalam kejadian tunjuk perasaan terbaru di pusat bandar raya Hong Kong.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan pada Rabu, berkata semua rakyat Malaysia di Hong Kong dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan mengambil segala langkah berjaga-jaga untuk keselamatan diri dengan mengelak pelbagai lokasi perhimpunan dan perhimpunan awam yang besar bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.

"Adalah lebih baik bagi rakyat Malaysia yang melawat Hong Kong supaya memaklumkan Konsul Bbesar Malaysia mengenai kehadiran mereka di negara itu.

"Konsulat Malaysia sentiasa berhubung rapat dengan pihak berkuasa Hong Kong bagi menyediakan perkembangan terkini keadaan yang berlaku," kata kenyataan itu.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Konsulat Besar Malaysia di Tingkat 24, Bangunan Malaysia, 47-50 Gloucester Road, Wanchai, Hong Kong; melalui talian +852-69006390 atau e-mel malhkong

Hong Kong

Artikel Lain