suria

2 Anggota Tentera, Seorang Pelajar Uitm Maut Kemalangan

Gambar hiasan.

KOTA BAHARU: Tiga maut dalam satu kemalangan membabitkan dua kereta di KM 4.5 Jalan Machang-Pasir Puteh, Machang, awal pagi Rabu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Machang DSP Kamal Azural Mohamed berkata mangsa yang maut ialah Nor Syafiq Nor Azim, 19, dan dua anggota tentera iaitu Abd Rahim Hat, 33, dan Sairul Shaiful, 25.

"Dua anggota tentera yang maut adalah anggota daripada Kem Desa Pahlawan Kok Lanas, Kota Baharu manakala seorang lagi adalah pelajar dari UiTM (Universiti Teknologi MARA) Machang," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata dalam kejadian kira-kira pukul 1.15 pagi itu, kereta yang dipandu Nor Syafiq menghala ke Pasir Puteh dipercayai telah memasuki laluan bertentangan.

"Kereta yang di pandu Nor Syafiq memasuki laluan bertentangan dan melanggar sebuah kereta Nissan Sunny dipandu Abd Rahim yang dalam perjalanan ke Machang dan kesemua mangsa yang terlibat meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Beliau berkata mayat telah dihantar ke Hospital Machang untuk bedah siasat manakala kes itu disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ)


Tentera, Uitm, Polis

Artikel Lain