suria

Penduduk Panik, Letupan Kuat Berulang Seperti Perang

KOTA KINABALU: Penduduk Taman Cerah Menggatal di sini dikejutkan dengan bunyi letupan berulang seperti berlaku peperangan apabila sebuah bengkel kenderaan berat terbakar pada Selasa malam.

Dalam kejadian itu, letupan yang memaksa segelintir penduduk meninggalkan rumah berpunca daripada kebakaran pada lori tangki minyak.

Difahamkan sebanyak 15 lori tangki minyak turut terbakar dalam kejadian berkenaan.

Seorang suri rumah, Chin Su Yee berkata, dia mengigil ketakutan apabila letupan kuat berlaku di lokasi kebakaran yang terletak di hadapan rumahnya.

"Ia sangat menakutkan, saya tidak dapat bezakan sama ada ia guruh atau letupan," ceritanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Nordin Pauzi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.23 malam sebelum 20 anggota bersama lima jentera tiba untuk memadam api.

"Siasatan awal mendapati, sebanyak 10 lori tangki musnah dalam kebakaran itu.

"Anggota bomba juga terpaksa mengambil masa selama setengah jam untuk mengawal api dari lori yang membawa muatan seperti minyak petrol dan diesel," jelasnya.

Menurut beliau, kebakaran itu berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 11 malam sebelum operasi memadam dihentikan beberapa jem kemudian.

"Tiada laporan kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan," ujarnya.

Kebakaran, Menggatal

Artikel Berikut

Artikel Lain