suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Sarawak Pantau Rapat ATM

KUCHING: Anggota Polis Sarawak diarahkan untuk memantau, meronda dan memeriksa premis yang menyediakan kemudahan mesin juruwang automatik (ATM) bagi mengelak kejadian menggodam mesin tersebut di negeri ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Wira Sabtu Osman berkata pihaknya akan turut memantau kehadiran warga Amerika Latin di negeri ini terutama di lapangan terbang serta sempadan negeri.

"Setakat ini tiada laporan (kejadian menggodam ATM) di Sarawak. Apa pun kita telah beri ingatan kepada semua pihak untuk buat rondaan dan pemeriksaan di tempat-tempat ATM berada.

"Kita perlu beri perhatian serius kepada perkara ini kerana kejadian godam ATM telah berlaku di beberapa negeri di Semenanjung. Kita harap kejadian itu tidak akan berlaku di negeri ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Pesuruhjaya Polis Sarawak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen, Jalan Badruddin hari ini.


Polis Sarawak, ATM

Artikel Lain