Ahmad Said Tidak Hadir Sidang DUN Dengan Kebenaran - Semasa | mStar

Ahmad Said Tidak Hadir Sidang DUN Dengan Kebenaran

Ahmad Said
Ahmad Said.
KUALA TERENGGANU: Bekas Menteri Besar yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, Datuk Seri Ahmad Said tidak hadir persidangan hari pertama penggal kedua Dewan Undangan Negeri Terengganu pada Selasa.

Yang Dipertua DUN Terengganu, Datuk Mohd Zubir Embong berkata Ahmad tidak hadir dengan kebenaran atas alasan yang kukuh.

"Saya bersyukur kerana persidangan pada Selasa berjalan lancar dan kehadiran juga memuaskan, daripada 32 orang Adun, hanya seorang yang tidak dapat menghadirkan diri.

"Beliau telah memberi notis ketidakhadirannya dengan alasan yang kukuh dan saya memberi kebenaran," katanya kepada pemberita di luar persidangan Dewan, Selasa.

Ahmad yang menjadi menteri besar Terengganu pada tahun 2008 meletak jawatan dan digantikan dengan Adun Seberang Takir Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman pada Mei lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Pembangunan: Harapan Rakyat Kepada Azmin

Lebih Artikel

"Kami sudah beri yang terbaik" - Aidil

Almy Nadia lahir anak perempuan ketiga

Peng Soon, Liu Ying tinggalkan BAM