suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

UPSR: Polis Siasat Dakwaan Soalan Kertas B.Tamil, Matematik Bocor

KUALA LUMPUR: Lembaga Peperiksaan Malaysia pada Ahad membuat dua laporan polis berhubung dakwaan soalan peperiksaan bagi subjek Bahasa Tamil dan Matematik Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bocor. 

Ketua Polis Kuala Lumpur, Timbalan Komisioner Kanan, Datuk Tajudin Md Isa mengesahkan pihaknya telah menerima laporan daripada wakil Lembaga Peperiksaan Malaysia pada Ahad dan siasatan lanjut mengenainya akan dijalankan. 

"Kami akan menyiasat laporan tersebut bersama-sama dengan pasukan sama yang sedang menyiasat kes kebocoran dua kertas peperiksaan sebelum ini," katanya kepada The Star. 

Terdahulu, polis telah merakamkan kenyataan daripada 30 individu bagi membantu siasatan berhubung kebocoran soalan peperiksaan bagi kertas Bahasa Inggeris dan Sains. 

Mereka terdiri daripada lapan pegawai daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia, 19 guru, seorang pegawai daripada Kementerian Pendidikan, seorang jurutera dan seorang wartawan. 

11 daripada 14 orang yang ditahan bagi membantu pihak polis dalam siasatan kes berkenaan telah dibebabaskan dengan jaminan polis. Tiga lagi masih ditahan reman sehingga Isnin ini.

Berikutan kebocoran itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan setelah murid mendudukinya pada 11 Sept manakala kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 terpaksa ditangguhkan sebelum murid mendudukinya pada hari yang sama. 

Lembaga Peperiksaan Malaysia menetapkan 30 September ini sebagai tarikh baharu peperiksaan bagi kedua-dua mata pelajaran itu.

Artikel Lain