suria

Kajian Semula Prosedur Peperiksaan Awam Tepat Pada Masanya - Dr Subramaniam

Dr Subramaniam.
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S.Subramaniam menyokong keputusan Kementerian Pendidikan untuk mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) untuk peperiksaan awam, berikutan kebocoran kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini.

Beliau berkata tiba masanya untuk melihat kelemahan yang menyebabkan masalah dengan mempertingkatkan lagi keseluruhan sistem "kerana ini bukan kali pertama kejadian seperti itu berlaku di dalam negara."
 
"Kita perlu memastikan sistem peperiksaan boleh diharapkan dengan mewujudkan sistem yang sempurna kerana bukan kerja mudah untuk mendapatkan manusia yang unggul," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Majlis Belia Hindu Malaysia ke-49 di sini, Ahad.

Pada 18 September lepas, Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh mengumumkan panel bebas lapan anggota, dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Tun Azmi untuk membuat cadangan penambahbaikan, dari segi operasi, sumber manusia dan pengurusan UPSR.

Cadangan daripada panel bebas itu akan dikemukakan kepada kerajaan dalam masa tiga bulan atau lebih awal.


Subramaniam, UPSR

Artikel Lain