Mereka turut mengesahkan semua pelajar Malaysia di negara tersebut berada dalam keadaan selamat.
"Buat masa ini, Kedutaan Malaysia di Sana'a mengesahlam semua rakyat Malaysia terutamanya pelajar yang menuntut di Yaman berada dalam keadaan selamat," kata Kementerian Luar dalam satu kenyataan pada Sabtu.
"Terdapat kira-kira 440 pelajar (357 lelaki, 45 perempuan dan 33 kanak-kanak) yang berada di Shamlan dan Mazbah. Mereka telah ditempatkan dalam bangunan sementara yang disediakan oleh pihak Kedutaan Malaysia di Sana'a.
Pihak kementerian dan Kedutaan Malaysia menasihatkan semua rakyat Malaysia sentiasa berjaga-jaga dan mengelakkan diri daripada kawasan berisiko tinggi dan tempat diadakan himpunan beramai-ramai.Ketidastabilan politik kini melanda Yaman selepas wujudnya gerakan untuk menggulingkan Presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh.


