suria

Jemaah Haji Dinasihat Jauhi Kawasan Banjir Kilat

MAKKAH: Jemaah haji dinasihat supaya menjauhkan diri dari kawasan banjir kilat dan mengelak berjalan meredah banjir jika paras air melebihi lutut. 

Ini antara garis panduan keselamatan Jabatan Pertahanan Awam Arab Saudi untuk memastikan keselamatan jemaah haji di Makkah dan tempat ibadat semasa musim haji, demikian menurut laporan akhbar Arab News pada Sabtu. 

Jabatan itu juga mengingatkan para jemaah dan organisasi haji agar tidak mendirikan khemah di kawasan lembah kerana hujan sekali-sekala boleh menyebabkan banjir.
 
"Ada kalanya semasa hujan dan banjir, jemaah perlu bergerak ke kawasan tinggi," tambahnya. 

Jabatan itu juga menasihati jemaah supaya lebih berhati-hati pada waktu malam kerana lebih sukar melihat kawasan banjir. 

Jemaah juga dilarang memasak kecuali di tempat yang dibenarkan dan tidak menggunakan dapur gas bagi mengelak kebakaran di kawasan perkhemahan. 

Arab Saudi, haji, banjir kilat

Artikel Berikut

Artikel Lain