suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MH17: Tiga Jenazah Tiba Di KLIA

PETALING JAYA: Tiga jenazah mangsa nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi Jumaat.

Kesemua jenazah yang dibawa menerusi penerbangan komersial dari Belanda itu ialah Muhammad Afzal Tambi dan Marsha Azmeena Tambi, anak kepada Tambi Jiee yang turut terlibat dalam tragedi tersebut, serta anak kapal Shaikh Mohd Noor Mahmood.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar merupakan antara VIP yang hadir di lapangan terbang, turut serta keluarga mangsa.

Ia merupakan ketibaan kumpulan jenazah kelima yang dibawa pulang ke Malaysia.

Pesawat MH17 terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai lalu. Ia membawa 298 penumpang dan anak kapal, dalam penerbangannya dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. Kesemua mereka termasuk 43 rakyat Malaysia terbunuh dalam nahas itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain