suria

Pengisian Program PLKN Disusun Semula - Hishammuddin

Hishammuddin Tun Hussein (dua, kiri) bersalaman dengan ahli Pemuda Umno sewaktu tiba untuk merasmikan mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Hulu Terengganu di Akademi Binaan Malaysia pada Jumaat.

KUALA BERANG: Kementerian Pertahanan dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang menyusun semula modul Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) untuk tujuan penambahbaikan, kata Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata perubahan landskap yang melanda dunia ketika ini, menuntut perubahan perlu dilakukan terhadap pengisian modul PLKN agar bersesuaian untuk menghadapi ancaman baharu, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga dunia.

Katanya perkara seperti maklumat yang menular tanpa tapisan serta isu-isusensitif berbaur perkauman menjadi gadaian terhadap masa depan golongan muda dan belia dan pihak berwajib seperti Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dan Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) perlu memain peranan sewajarnya.

"Kerajaan tidak akan tergesa-gesa. Ia (latihan PLKN) akan melalui perubahan dari segi modul latihannya, masa dan juga melibatkan pihak yang berkepentingan.

"Untuk permulaan, saya boleh umumkan kita sedang bekerjasama rapatdengan KBS. Sekarang ini dua kementerian sedang membincangkan pengisian itu dan kita harap akan banyak lagi kementerian akan terlibat dalam perbincangan ini, maka lebih banyaklah 'touch point'," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Hulu Terengganu di Akademi Binaan Malaysia (ABM) Jenagor.

Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari yang merupakan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu dan Ketua Umno Bahagian Hulu Terengganu.

Hishammuddin berkata PLKN yang mula dilaksanakan pada 2004 sememangnya berkait rapat dengan belia kerana ia merupakan kursus latihan wajib selama tiga bulan kepada mereka yang terpilih selepas menamatkan pendidikan sekolah menengah atau berumur 17 tahun ke atas.

Berhubung cadangan Johari dalam ucapannya agar Kem PLKN ditambah di HuluTerengganu, katanya pihak kementerian tidak keberatan untuk meluluskannya sekira ada keperluan. 

Hishammuddin, PLKN

Artikel Lain